Afrika Selatan gesa ICC keluar waran tangkap ke atas Netanyahu

Netanyahu
Netanyahu
A
A
A

PRETORIA - Kerajaan Afrika Selatan menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menjelang pertengahan Disember ini.

Menurut Menteri Kepresidenan negara itu, Khumbudzo Ntshavheni, seandainya tidak berbuat demikian, ia memberi gambaran 'kegagalan sepenuhnya' ICC terhadap mengelola isu-isu global.

“Dunia tidak boleh hanya sekadar berpeluk tubuh dan melihat (kezaliman),” tegas Ntshavheni.

Zionis Israel mendakwa mempertahankan diri mereka sejak serangan yang dimulakan oleh Hamas pada 7 Oktober lalu yang menyebabkan 1,200 rakyatnya terkorban, sementara 200 lagi menjadi tebusan pasukan pejuang dari Palestin itu.

Sekalipun mendakwa untuk meminimumkan jumlah kematian, namun, Ntshavheni menegaskan, kerajaan Israel hanya berusaha 'menghapuskan rakyat Palestin di Gaza dan menakluk wilayah itu'.

Afrika Selatan bersama-sama negara lain seperti Bangladesh, Bolivia, Comoros dan Djibouti sudah mengemukakan permohonan kepada ICC untuk membuat siasatan sama ada jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan telah dilakukan di Gaza.

Sejak sekian lama, Afrika Selatan antara negara yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Negara itu juga telah mengumumkan keputusan memanggil semula diplomatnya di Israel dan mencadangkan kedudukan Duta Israel di Pretoria sudah seperti 'sukar dipertahankan atau dikekalkan' ekoran tekanan yang dikenakan. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!