Banjir makin buruk di Terengganu, 1,431 mangsa pindah

Anggota penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir. - Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Anggota penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir. - Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan kini berjumlah 1,431 orang berbanding 1,070 orang pada jam 8 malam Isnin.

Sehingga jam 8 pagi Selasa, sebanyak 400 keluarga terjejas ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu dan Marang.

Orang ramai terjejas banjir mula berpindah ke PPS disediakan.
Orang ramai terjejas banjir mula berpindah ke PPS disediakan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Kuala Nerus merupakan daerah paling teruk terjejas dengan seramai 699 mangsa daripada 189 keluarga sudah dipindahkan ke tujuh PPS yang telah diaktifkan di sana.

Menurutnya, mangsa banjir di daerah Kuala Terengganu pula kini seramai 574 orang daripada 173 keluarga dan semua mereka ditempatkan di empat PPS yang diaktifkan di sana.

Penduduk yang terjejas mula berpindah ke PPS yang dibuka. - Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Penduduk yang terjejas mula berpindah ke PPS yang dibuka. - Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

"Bagi daerah Setiu, dua PPS sudah dibuka bagi menempatkan 26 mangsa daripada enam keluarga yang terjejas banjir, manakala di Marang pula seramai 132 mangsa daripada 32 keluarga sudah dipindahkan ke sebuah PPS," kata kenyataan itu pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, tujuh PPS yang dibuka di Kuala Nerus ialah Dewan Serbaguna Kampung Tok Jembal, Dewan Flat Batin Perdana, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tunggal, SK Bukit Nanas, SK Teluk Ketapang, Dewan Sivik Batu Rakit dan SK Tok Jembal.

Artikel Berkaitan:

Tambah kenyataan itu, empat PPS dibuka di Kuala Terengganu iaitu SK Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang dan SK Gong Tok Nasek.

Anggota penyelamat membantu memindahkan pelajar yang terjejas banjir. - Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Anggota penyelamat membantu memindahkan pelajar yang terjejas banjir. - Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

"Di Setiu pula, dua PPS dibuka iaitu Balai Raya Kampung Bintang dan Balai Raya Kg Bari Besar manakala hanya satu PPS dibuka di Marang iaitu SK Bukit Gasing," kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, cuaca hujan masih melanda di beberapa tempat di daerah yang terlibat bencana berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!