Kanak-kanak Israel dendangkan lagu 'kami akan musnahkan semua orang di Gaza'

Kanak-kanak Yahudi menyanyikan lagu berbaur hasutan bagi menaikkan semangat tentera Israel di Gaza. - Agensi
Kanak-kanak Yahudi menyanyikan lagu berbaur hasutan bagi menaikkan semangat tentera Israel di Gaza. - Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Penyiar kebangsaan Israel, Kan News memuat naik lagu berbaur hasutan bertajuk 'kami akan memusnahkan semua orang di Gaza' di platform X sebagai sokongan untuk kempen pemusnahan besar-besaran tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza.

Ia didendangkan sekumpulan enam kanak-kanak perempuan Yahudi dan berlatarbelakangkan pengeboman di Gaza serta serangan mengejut Hamas di penempatan haram Kfar Aza pada 7 Oktober lalu.

Lagu dan video tersebut dicipta oleh 'pakar komunikasi krisis' Ofer Rosenbaum yang mengetuai firma perhubungan awam, Rosenbaum Communcation.

Lapor The Electronic Intifada, Kan News menganggap lagu tersebut sebagai lagu persahabatan 2023 biar pun bait liriknya dipenuhi panggilan untuk genosid.

Berikut adalah antara bait lirik lagu tersebut: "Malam musim luruh jatuh di atas pantai Gaza, pesawat mengebom, kemusnahan, kemusnahan. Dalam masa setahun kami akan memusnahkan semua orang, dan kemudian kami akan kembali untuk membajak ladang kami."

Lirik lagu tersebut diterjemahkan oleh The Electronic Intifada dengan bantuan penulis bebas dan pembuat filem, David Sheen.

Kan News menyiarkan versi penuh lagu tersebut di akaun Xnya pada Ahad tetapi memadamkannya tidak lama selepas itu, di tengah-tengah bantahan daripada pengguna Israel lain.

Dua dekad lalu, stesen Radio Television Libre des Mille Collines (RTLM) telah disabitkan oleh tribunal antarabangsa kerana menghasut dan memperomosikan pemusnahan etnik Tutsi di Rwanda.

Artikel Berkaitan:

Pembunuhan beramai-ramai Tutsi oleh etnik Hutu berlaku pada 1994 dan meragut sekitar 500,000 hingga 800,000 nyawa dalam tempoh hanya 100 hari. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!