KBS akan jumpa MOM dalam masa terdekat

Laporan Sukan Sinar baru-baru ini.
Laporan Sukan Sinar baru-baru ini.
A
A
A

SATU perjumpaan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan diadakan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan isu yang tular antara Pesuruhjaya Sukan (PJS) dengan badan induk Olimpik negara baru-baru ini.

Malah, dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabat PJS juga melahirkan kekesalan susulan kenyataan agensi di bawah KBS tersebut terhadap MOM yang menyaksikan berlakunya salah faham antara kedua-dua pihak.

“Satu perjumpaan akan diaturkan antara KBS dan MOM dalam jangka masa terdekat untuk menjelaskan konteks sebenar perkara ini.

“KBS yakin bahawa dengan sesi perjumpaan ini, semua pihak akan mendapat pencerahan dan salah faham ini dapat diselesaikan secara baik,” kata kenyataan tersebut.

Laporan Sukan Sinar sebelum ini.
Laporan Sukan Sinar sebelum ini.

Sebelum ini tular rakaman audio separuh-separuh perbincangan tertutup PJS, Suhardi Alias bersama Persatuan Tadbir Urus Sukan Elektronik Malaysia (MEGA) dan Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF).

Kandungan audio itu menimbulkan perasaan kurang senang Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang mendesak campur tangan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berikutan tindakan Suhardi dikatakan mengancam membatalkan pendaftaran badan induk tersebut.

Laporan Sukan Sinar pada Isnin.
Laporan Sukan Sinar pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Isu berpanjangan antara MOM dan PJS turut mendapat reaksi komuniti sukan yang mahu penyelesaian segera sebelum kemelut tersebut mencemarkan reputasi sukan negara.

Malah, penganalisis sukan tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli percaya kemelut yang timbul antara kedua-dua entiti itu hanya dapat diselesaikan dengan perbincangan di meja rundingan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!