Perjalanan Liverpool masih panjang

Alexander-Arnold antara penyumbang gol The Reds ketika membelasah The Foxes 4-0 di Stadium King Power. - Foto Premier League
Alexander-Arnold antara penyumbang gol The Reds ketika membelasah The Foxes 4-0 di Stadium King Power. - Foto Premier League
A
A
A

KEJAYAAN pendahulu, Liverpool membelasah pesaing terdekat Leicester City 4-0 di Stadium King Power pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pagi tadi disifatkan sebagai prestasi terbaik kelab itu musim ini.

Menurut Trent Alexander-Arnold kejayaan menjulang trofi Piala Dunia Kelab pada Ahad lalu secara tidak langsung menyuntik semangat pemain Liverpool ketika bertandang ke laman keramat skuad kendalian Brendan Rodgers itu.

"Kami tampil dengan corak permainan yang terbaik musim setelah mengharungi saingan Piala Dunia Kelab termasuk fasa jadual padat

"Kami mengawal perlawanan (menentang Leicester City) dan menghasilkan empat gol, itu sesuatu yang boleh dibanggakan para pemain Liverpool.

"Biarpun selesa mendahului dengan kelebihan 13 mata tidak sesekali akan kami pandang mudah kerana saingan liga masih panjang dan segala kemungkinan boleh berlaku," kata bek kanan The Reds itu.

Aksi di laman The Foxes itu menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp itu meledak dua gol hasil jaringan Roberto Firmino manakala dua gol lagi dicetuskan James Milner dan Alexander-Arnold.

Kemenangan atas The Foxes itu membolehkan gergasi Inggeris itu gah memimpin liga dengan 52 mata dari 18 perlawanan 13 mata meninggalkan Leicester City kedua.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!