Bukit Aman siasat dakwaan pegawai tinggi lakukan gangguan seksual
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes gangguan seksual membabitkan seorang pegawai tinggi kerajaan sebuah agensi terhadap seorang wanita.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kes disiasat oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
"Polis juga akan memanggil pegawai tinggi itu serta pengadu terbabit dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Pada Selasa, tular paparan laporan polis oleh seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang juga perunding kewangan membuat mendakwa pegawai terbabit mengganggunya di WhatsApp sejak tahun lalu.
Berdasarkan laporan polis yang tular itu, wanita terbabit mendakwa pegawai terbabit mengganggu dengan perkongsian dan perbualan lucah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!