PRK Kemaman: SPR keluarkan 744 kertas undi pos

SPR telah mengeluarkan 744 kertas undi pos kepada pengundi yang berhak untuk mengundi secara pos bagi PRK Kemaman.
SPR telah mengeluarkan 744 kertas undi pos kepada pengundi yang berhak untuk mengundi secara pos bagi PRK Kemaman.
A
A
A

KEMAMAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 744 kertas undi pos kepada pengundi yang berhak untuk mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata, pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus, dengan kehadiran ejen undi pos daripada calon-calon bertanding.

Beliau berkata daripada jumlah itu 669 kertas undi pos dikeluarkan bagi petugas pilihan raya, pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media; 16 bagi warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara; 47 bagi agensi dan organisasi; serta 12 bagi Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

"SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2), dan segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus berkenaan sebelum pukul 5 petang pada hari mengundi," katanya.

Ikmalrudin turut mengingatkan pengundi agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial.

PRK Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas.

SPR menetapkan 28 November dan 2 Disember masing-masing bagi pengundian awal dan hari mengundi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!