Saliran tersumbat punca banjir di Pasir Puteh

Operasi menyelamat yang dilakukan pihak berkuasa di Kampung Tok Kundor, Pasir Puteh. Gambar kecil: Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun
Operasi menyelamat yang dilakukan pihak berkuasa di Kampung Tok Kundor, Pasir Puteh. Gambar kecil: Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun
A
A
A

KOTA BHARU - Sistem saliran tersumbat dan tidak dapat menampung hujan berterusan dipercayai menjadi punca banjir di Pasir Puteh apabila 148 mangsa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Kesemua mereka ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu, SK Wakaf Raja dan SK Sungai Petai, manakala seramai 30 mangsa di Bachok ditempatkan di PPS SK Jelawat dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor.

Operasi menyelamat dilakukan oleh JBPM di Kampung Tok Kundor, Pasir Puteh.
Operasi menyelamat dilakukan oleh JBPM di Kampung Tok Kundor, Pasir Puteh.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, secara keseluruhannya, paras air sungai berada pada sukatan normal kecuali di Sungai Semerak dan jambatan Melor, Bachok di paras waspada 7.9 meter.

"Semua jalan utama boleh dilalui dan keadaan semasa dalam keadaan baik serta terkawal," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, kesemua anggota di seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan situasi banjir yang akan terjadi.

Ujarnya, arahan telah diberikan kepada semua ketua polis balai serta pasukan pemantau untuk sentiasa membuat rondaan dan pemantauan di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti mudah dinaiki air.

Sistem saliran tersumbat dan tidak dapat menampung hujan berterusan dipercayai menjadi punca banjir di Pasir Puteh.
Sistem saliran tersumbat dan tidak dapat menampung hujan berterusan dipercayai menjadi punca banjir di Pasir Puteh.

Artikel Berkaitan:

Muhamad Zaki memberitahu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan sentiasa patuh pada arahan serta panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terutamanya melibatkan arahan untuk berpindah.

Berdasarkan laporan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, amaran hujan berterusan (buruk) di beberapa daerah di Kelantan pada Selasa sehingga 24 November ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!