'Kita tak tergugat dengan serangan' - Ahmad Samsuri

Ahmad Samsuri (kanan) beramah mesra dengan peniaga di Pasar Binjai, Chukai pada Selasa.
Ahmad Samsuri (kanan) beramah mesra dengan peniaga di Pasar Binjai, Chukai pada Selasa.
A
A
A

KEMAMAN - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar langsung tidak rasa tergugat walaupun 'diserang' secara peribadi dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Calon Pas itu berkata, apa yang berlaku sebaliknya menjadikan jentera mereka semakin kuat.

"Tak apa, biarkanlah. Kita tak tergugat dengan apa yang diserang kerana paling penting adalah fokus buat kerja semakin kuat, insya-ALLAH. No worries (tidak risau).

"Tohmahan yang dibuat macam-macam, ada berbentuk fitnah dan maklumat tak tepat. Tak apalah, jentera kita akan tangani.

"Mana yang rasa tak perlu layan, kita tak layan. Saya tak bimbang langsung," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pasar Binjai di Chukai pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang serangan dibuat pihak lawan, khususnya tentang isu bukan anak tempatan dan dikatakan 'tamak' jawatan.

Ahmad Samsuri (kanan) beramah mesra dengan pengunjung Pasar Binjai, Chukai pada Selasa.
Ahmad Samsuri (kanan) beramah mesra dengan pengunjung Pasar Binjai, Chukai pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri menjelaskan, masalah banjir yang berlaku kini dapat ditangani dengan baik.

Artikel Berkaitan:

"Kita tak pasti lagi apa yang akan berlaku pada 2 Disember (hari pengundian). Pada waktu ini, semuanya baik, jentera pun dah disusun semaksimum mungkin.

"Saya rasa, ini bukanlah benda baharu (banjir semasa pilihan raya). Kalau banjir, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sudah maklum dan mereka ada kaedah untuk tanganinya.

"Daripada segi peratusan keluar mengundi pula, ada rasa bimbang juga kalau berkurangan. Tapi saya percaya pengundi tegar dan atas pagar akan keluar mengundi," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!