Penganggur didakwa acu pisau, gunting pada ibu

No Image Caption
A
A
A

MELAKA - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menakutkan secara jenayah dengan mengacukan pisau dan gunting terhadap ibu kandungnya, Jumaat lepas.

Darulaman Jamaludin, 20, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Suhaida Abu Bakar, 43, di Taman Paya Rumput Permai di sini, pada 11.30 malam, 20 Disember lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari mencadangkan tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan itu dikurangkan kerana dia tidak bekerja.

Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bersama syarat tambahan iaitu Darulaman tidak dibenar kacau ganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 3 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!