Kelantan dapat kebenaran Persekutuan bangunkan REE

Kerajaan negeri Kelantan baharu mendapat kebenaran daripada kerajaan Persekutuan untuk membangunkan REE di negeri ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamed Fadzli)
Kerajaan negeri Kelantan baharu mendapat kebenaran daripada kerajaan Persekutuan untuk membangunkan REE di negeri ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamed Fadzli)
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Kerajaan negeri Kelantan baharu mendapat kebenaran daripada kerajaan Persekutuan untuk membangunkan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, ekoran itu pihaknya sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) namun memerlukan kebenaran dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

"Hal ini bagi memastikan ia selari dengan ketetapan dibuat oleh kerajaan Persekutuan," katanya selepas menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas-BN, Mohd Syahbuddin Hashim mengenai strategi Kerajaan Kelantan dalam perlombongan sumber baharu REE di negeri ini.

Menjawab soalan tambahan Galas itu, beliau yang juga ADUN Temangan memberitahu, nilai REE di negeri ini dianggarkan kira-kira RM125 bilion.

Ujarnya, walaupun berdepan pelbagai cabaran kerajaan negeri akan berusaha mempercepatkan proses itu.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Fadzli berkata, Kelantan akan bekerjasama dengan anak syarikat kerajaan negeri sebagai permulaan dalam membangunkan REE.

Menurut beliau, ketika ini kerajaan negeri bergantung sepenuhnya kepada syarikat dari China dalam mengendalikan perkara tersebut.

"Kita akan memastikan perkara ini dapat dimanfaatkan untuk rakyat Kelantan tanpa perlu melibatkan pihak ketiga.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, kita juga akan mengambil warga tempatan untuk melatih mereka supaya menjadi pekerja yang mahir dalam pengeluaran REE," katanya semasa menjawab soalan tambahan ADUN Kuala Balah, Datuk Abdul Hadi Awang Kechik pada Persidangan kali kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Pertama Dewan Negeri Kelantan (DUN) Yang Ke-15 Tahun 2023.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!