Lelaki ditahan guna nombor plat 'mat rempit'

Nombor pendataran palsu yang digunakan pada motosikal jenis Yamaha 135LC sebelum ditahan polis di Pandan Indah, Ampang pada Selasa.
Nombor pendataran palsu yang digunakan pada motosikal jenis Yamaha 135LC sebelum ditahan polis di Pandan Indah, Ampang pada Selasa.
A
A
A

AMPANG - Seorang lelaki ditahan polis kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu yang tertera perkataan 'mat rempit' pada motosikalnya di Pandan Indah di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 pagi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menerusi Ops Lawlesness itu turut mendapati penunggang terbabit tidak memiliki lesen memandu selain cukai jalan serta perlindungan insurans tamat tempoh.

"Anggota operasi menahan motosikal jenis Yamaha LC135 selepas didapati menggunakan perkataan 'mat rempit' pada plat belakang.

Polis menahan penunggang motosikal di Pandan Indah, Ampang yang menggunakan nombor pendaftaran palsu pada Selasa.
Polis menahan penunggang motosikal di Pandan Indah, Ampang yang menggunakan nombor pendaftaran palsu pada Selasa.

"Bagi kes nombor pendaftaran palsu ini, kita siasat di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, penunggang bersama motosikal terbabit telah dibawa ke Balai Polis Trafik Ampang untuk siasatan lanjut.

Katanya, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000 atau dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan:

"Pastikan motosikal tidak dilakukan sebarang pengubahsuaian supaya keselamatan pengguna jalan raya yang lain dapat dipelihara dan ketenteraman masyarakat tidak terganggu,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!