Ibu kandung dicari untuk daftar sekolah anak
KOTA BHARU - Seorang peniaga kedai makan di Kampung Batu Jong, Kuala Krai, berusaha mencari ibu kandung anak angkatnya berikutan kesukaran kanak-kanak itu mendaftar persekolahan.
Rosmazita Yunus, 50, menjaga Amri Rosli sejak lapan tahun lalu selepas dimaklumkan ibunya meninggalkan kanak-kanak berkenaan untuk bekerja.
Menurutnya, memikirkan masa depan kanak-kanak, itu dia berhasrat menghantar Amri ke sekolah tetapi menghadapi kesukaran berikutan ketiadaan dokumen ibu bapa kanak-kanak itu.
"Amri dilahirkan di Kuala Lumpur dan dia hanya mempunyai surat beranak tetapi tiada dokumen ibu bapa.
Tambahnya, anak angkatnya juga perlu mempunyai MyKad bagi membolehkan dia mendaftar belajar di sekolah kebangsaan.
"Buat masa ini, saya hanya menumpangkan Amri di tadika swasta dengan bayaran RM300 sebulan kerana dia kerap menangis semata-mata untuk ke sekolah dan berkawan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!