Parlimen Afrika Selatan lulus usul gantung hubungan dengan Israel

Demonstrasi besar-besaran dapat disaksikan di bandar-bandar Afrika Selatan yang mengecam pencerobohan Israel dan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza. - Foto AFP
Demonstrasi besar-besaran dapat disaksikan di bandar-bandar Afrika Selatan yang mengecam pencerobohan Israel dan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza. - Foto AFP
A
A
A

PRETORIA - Parlimen Afrika Selatan pada Selasa mengundi menyokong penutupan kedutaan Israel di Pretoria dan menggantung hubungan diplomatiknya dengan Israel.

Sebanyak 248 undi menyokong usul berkenaan manakala 91 menentang, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Bagaimanapun, keputusan pelaksanaan itu bergantung kepada kerajaan pimpinan Presiden Cyril Ramaphosa.

Pada 6 November, Afrika Selatan memanggil pulang semua diplomatnya yang berada di Tel Aviv selepas pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.

Afrika Selatan turut mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague untuk menyiasat jenayah perang yang dilakukan Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

"Di Afrika Selatan, kami bersama beberapa negara lain di seluruh dunia merujuk tindakan Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa, kerana kami percaya bahawa jenayah perang sedang dilakukan di sana dan mahkamah perlu menyiasatnya,” kata Presiden Ramaphosa.

Demonstrasi besar-besaran dapat disaksikan di bandar-bandar Afrika Selatan yang mengecam pencerobohan Israel dan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza. - Bernama-Wafa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!