Wan Azizah sedih bencana taufan badai Filipina

Jumlah kematian akibat taufan Phanfone dilapor meningkat kepada 21 orang.
Jumlah kematian akibat taufan Phanfone dilapor meningkat kepada 21 orang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa sedih dengan kematian dan kemusnahan akibat taufan yang membadai Filipina semasa perayaan Krismas.

Beliau berkata, rakyat Malaysia bersimpati dengan kesusahan yang dihadapi warga Filipina pada waktu sukar ini.

“Saya sangat sedih dengan kemusnahan akibat taufan Phanfone yang melanda Filipina sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda,” katanya dalam catatan di Twitter dan Facebook hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah kematian akibat taufan Phanfone meningkat kepada 21 orang

“Doa saya bersama keluarga mereka yang terkorban dan juga mereka terjejas dan cedera," katanya.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh akibat bencana itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!