Anak 'Mak Cik Kemboja' pula bersuara
JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai anak 'Mak Cik Kemboja' tampil di TikTok mencabar netizen agar bersemuka di kilang yang mungkin merujuk kilang milik ibunya.
Menerusi hantaran berdurasi 29 saat itu, lelaki tersebut menegaskan jangan berselindung' di sebalik komen-komen di laman sosial kerana yang 'dihina' itu adalah ibunya.
"Ha ni, anak Mak Cik Kemboja kat sini. Aku cabar kau...kau 'face' (bersemuka) dengan aku kat kilang ni, yang kau hina tu mak aku tau.
"Kalau setakat menyalak macam.......ha ni, anak Mak Cik Kemboja kat sini. Aku dah tak takut kat kau..aku memang tak pernah takut pun kat kau," kata lelaki terbabit.
Laporan itu telah dibuat oleh pelbagai pihak dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan.
Sebelum itu tular satu klip video berdurasi 1 minit 7 saat tular di TikTok memaparkan seorang wanita melontarkan kata-kata ‘Melayu malas’ ketika mengadakan pentstriman langsung di sebuah gedung pakaian sehingga menerima kecaman ramai.
Seterusnya wanita berkenaan memuat naik rakaman video permohonan maaf, dipercayai ditujukan kepada Tunku Makhota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!