Harga petrol, diesel kekal hingga 29 November

Kerajaan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter sehingga 29 November. - Foto Bernama
Kerajaan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter sehingga 29 November. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh 23 hingga 29 November.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga semasa. harga siling," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!