KKM jamin RUU berkaitan produk rokok dibentang pada sesi Parlimen kali ini

Dr Zaliha - Foto Bernama
Dr Zaliha - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dibentangkan sebelum selesai persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung hingga 30 November ini.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ini adalah bagi menangani isu kelompangan terhadap gel nikotin yang telah dikecualikan daripada senarai racun di bawah Akta Racun 1952, pada April lepas.

"Rang undang-undang ini penting untuk dibentangkan segera bagi memastikan wujud kawal selia yang komprehensif kepada produk merokok yang telah dibuktikan secara saintifik akan memudaratkan kesihatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dr Zaliha berkata, KKM akan membentangkan pindaan cadangan rang undang-undang itu dengan mengambil kira pandangan yang telah dikemukakan Peguam Negara untuk pertimbangan Mesyuarat Jemaah Menteri yang dijadualkan pada Jumaat ini.

Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bertujuan mengawal penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok, demi kesihatan awam untuk melahirkan suatu generasi baharu bebas merokok. - Bernama

Artikel Berkaitan: