15 rumah di Lahad Datu musnah terbakar

No Image Caption
A
A
A

LAHAD DATU - Sebanyak 15 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Panji dekat sini petang ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memberitahu, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.06 petang seterusnya menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dengan bantuan BBP Kunak ke lokasi kejadian.

"Operasi diketuai Abu Bakar Taraji dengan bantuan 14 anggota bomba, bergegas ke tempat kejadian dengan menggunakan dua jentera FRT dan sebuah kenderaan tangki air.

“Setiba di lokasi pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan empat aliran air dengan sumber air daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran," menurut kenyataan itu.

Menurutnya, Pasukan Bomba Sukarela Silam turut membantu memadam kebakaran, dan kebakaran terkawal pada jam 4.14 petang, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!