Simpati nasib tenaga muda TRW

Kim Swee
Kim Swee
A
A
A

PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menganggap situasi yang berlaku ke atas Kelantan FC ketika ini hanya akan memberi kesan buruk kepada barisan pemain muda skuad The Red Warriors (TRW) itu.

Kim Swee berkata, situasi dialami barisan pemain muda Kelantan FC adalah cukup memilukan dan beliau melihat perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku.

“Jika kita lihat pasukan Kelantan, mereka bermain dengan pemain muda dan apabila mereka tewas setiap kali dengan jumlah begitu besar, saya rasa itu satu perkara yang cukup negatif.

“Impaknya kepada pemain muda apabila mereka mengharungi suasana cukup negatif, daripada proses profesionalisme mereka mengharungi situasi seperti ini, mereka akan menjadi fobia,” katanya.

Kelantan FC mengalami satu lagi detik buruk apabila tewas 0-7 kepada Sabah FC pada Isnin, sekali gus menyaksikan mereka terus terperosok di dasar carta Liga Super dengan hanya meraih lapan mata.

“Dalam bola sepak, tiada istilah simpati ketika di atas padang tetapi di luar (padang), saya percaya ia merupakan satu perkara yang cukup menyedihkan.

“Ini tidak harus berlaku dalam bola sepak Malaysia terutamanya kepada pemain-pemain muda. Saya harap kita dapatkan satu formula terbaik untuk memastikan mereka masih mempunyai minat selepas ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!