Polis tahan 21 individu
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia menahan seramai 21 individu disyaki terlibat sindiket pinjaman tidak wujud dan mengedar dadah di sekitar Lembah Klang, pada Selasa lepas.
Kesemua suspek berusia 17 sehingga 27 tahun itu ditahan di sebuah rumah teres di Kajang dan lapan premis kondominium di Batu 9, Cheras di sini.
Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, serbuan pada 2.30 petang hingga 9.30 malam itu dijalankan sepasukan anggota dan pegawai JSJK Bukit Aman dan JSJK Selangor.
Beliau berkata, sindiket itu memperdayakan mangsa dengan menawarkan pinjaman tidak wujud dengan menghubungi mangsa menerusi telefon atau menghantar pesanan WhatsApp kepada mangsa bagi urusan pinjaman.
“Mangsa yang ingin memohon pinjaman akan diarahkan membuat pembayaran caj dokumen perjanjian pinjaman beserta cop Lembaga Hasil Dalam Negeri berdasarkan amaun pinjaman yang dipohon mangsa dalam beberapa akaun bank atas nama individu,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ Health, di sini, hari ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
PH boleh menang dua pertiga jika berlaku persempadanan semula
Kemarau kemenangan Manchester City berterusan
Kerajaan Perpaduan berpotensi menang PRU16, ‘kunci’ ada pada Anwar - Pakar
Kerajaan Madani: Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang
Penolakan saman fitnah terhadap Musa Hassan, peguam Hannah Yeoh fail rayuan
Hilang 17 hari, Cikgu Nur Nazalishah ditemui di Teluk Intan
'Bendera China pada replika roket gergasi di Tangkak cetus kebimbangan'
Buaya mati dilanggar SUV di lebuh raya
Dua beranak maut: Isteri sempat mohon maaf sebelum kereta terbalik