Rakyat belum pulih pasca Covid-19, tapi kerajaan dah ringankan beban
Rakyat belum pulih pasca Covid-19, tapi kerajaan dah ringankan beban
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Hasbie Muda menegaskan rakyat belum pulih dari kesan pasca Covid-19, tetapi inisiatif dan perancangan kerajaan sudah mula berjaya meringankan beban rakyat.
Katanya, ekonomi negara kini berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
Menurut Hasbie, penjawat awam sudah tentu lega dengan bonus RM2,000 yang pertama kali mereka terima dalam tempoh 20 tahun, malah rakyat juga gembira dengan sumbangan tunai Rahmah dan pelbagai program di bawah Payung Rahmah.
Tambahnya, mereka yang dalam kelompok miskin tegar pada waktu pandemik mencecah 260,000 isi rumah, kini hanya tinggal 18,000 sahaja.
Beliau berkata demikian dalam program Berani Semuka yang disiarkan pada Rabu.
VIDEO PENUH DI:
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/886922956619444
Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=9gaAP-THF1I
Twitter: https://twitter.com/i/broadcasts/1djGXNaaoqzxZ
#beranisemuka #sinarharian #pakatanharapan #perikatannasional