United mahu jual pemain bergaji paling tinggi
MANCHESTER United memberi bayangan untuk menjual Raphael Varane yang bergaji 340,000 pound (RM1.98 juta) seminggu dalam usaha mengurangkan bebanan bayaran gaji yang dihadapi kelab tersebut.
Menerusi penjualan pemain pertahanan tengah itu mereka boleh menjimatkan 30 juta pound (RM175 juta) jika mendapat bidaan menarik yang dijangka pada musim panas ini.
Perkhabaran tersebut mencetuskan minat yang tinggi dalam kalangan kelab Arab Saudi terhadap pemain berusia 30 tahun itu.
Sejarah kecederaan pemain Perancis itu membimbangkan Jurulatih United, Erik ten Hag yang mendorongnya untuk mengikat pertahanan tengah baharu musim depan.
Bakal mencecah usia 31 tahun pada April 2024, Varane adalah pemain bergaji paling tinggi di United iaitu 340,000 pound (RM1.98 juta) seminggu.
Menerusi penjualan tersebut United boleh menjimatkan 30 juta (RM175 juta) sekiranya mendapat bidaan menarik.
Kelibat Varane juga kurang menarik perhatian, malah bertambah malang dia menjadi pilihan kedua di belakang Harry Maguire yang sebelum ini bukan pilihan utama Ten Hag.
The Red Devils menandatangani Varane dari Real Madrid dengan nilai 41 juta pound (RM239 juta) pada 2021 dengan kontrak empat tahun.
Dia membantu United menjuarai Piala Liga musim lalu dan layak ke Liga Juara-Juara, namun kerap ditimpa kecederaan musim ini sekali gus menyebabkan prestasinya merudum.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!