Bersatu semakin diterima berbanding UMNO - Faizal Azumu

Perwakilan mula memenuhi dewan bagi mengikuti majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 Srikandi, Armada dan Srikandi Muda dan Bersekutu di IDCC, Shah Alam.
Perwakilan mula memenuhi dewan bagi mengikuti majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 Srikandi, Armada dan Srikandi Muda dan Bersekutu di IDCC, Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendakwa partinya ketika ini semakin diterima kaum Melayu berbanding dengan UMNO.

Menurutnya, perubahan itu dapat dilihat berdasarkan sokongan yang diberikan dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

"Maka, apabila Bersatu bergabung dengan Pas, Perikatan Nasional (PN) terus menjadi wadah perjuangan utama bagi umat Melayu di Malaysia.

"(Susulan sokongan kuat yang diberikan) musuh-musuh politik PN sebolehnya mahu menggagalkan kerjasama ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pembukaan Perhimpunan Agung Tahunan Armada dan Srikandi Bersatu kali keenam di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini pada Khamis.

Tambah Ahmad Faizal, usaha untuk menggagalkan kerjasama itu juga dapat dilihat melalui cubaan menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu dengan mencipta ungkapan ‘Pemerintahan Taliban’.

Katanya, ungkapan tersebut tercipta sejurus PN berjaya memenangi 74 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.

"Harapan mereka (dengan berbuat demikian) untuk menakutkan pengundi bukan Melayu dan mungkin sebilangan pengundi Melayu bandar daripada mendekati PN," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!