Menjala udang
Pemandu bas kilang, hanya dikenali sebagai Farizan,55, melakukan aktiviti menjala udang ketika ditemui di sini.
Beliau yang berasal dari Tasek Gelugor melakukan aktiviti menjala udang antara dua hingga empat jam selepas menghantar pekerjanya ke kilang di kawasan Perindustrian Kilang Bayan Lepas.
"Saya menjala udang setiap kali menjelang musim tengkujuh iaitu antara bulan November hingga Mac di pesisiran pantai Jeti Nelayan Sri Jerjak, Bayan Lepas,"katanya akan memperoleh udang kertas antara lima hingga 10 kilogram.
Katanya beliau dan keluarga gemar dengan udang jenis tersebut dek kerana isinya lembut selain boleh dimasak sebagai lauk sayur serta cucur udang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!