Sekolah di selatan India ditutup akibat hujan lebat

Hujan lebat menjejaskan kehidupan harian di beberapa negeri dan kawasan di selatan India iaitu Tamil Nadu, Kerala dan Puducherry sejak beberapa hari lalu.
Hujan lebat menjejaskan kehidupan harian di beberapa negeri dan kawasan di selatan India iaitu Tamil Nadu, Kerala dan Puducherry sejak beberapa hari lalu.
A
A
A

NEW DELH - Hujan lebat menjejaskan kehidupan harian di beberapa negeri dan kawasan di selatan India iaitu Tamil Nadu, Kerala dan Puducherry sejak beberapa hari lalu, kata seorang pegawai Jabatan Meteorologi India (IMD) pada Khamis, lapor Xinhua.

Hujan tanpa henti menyebabkan banjir dan penutupan sekolah di sekurang-kurangnya lima daerah di Tamil Nadu.

Sekolah turut ditutup di daerah Puducherry pada Rabu berikutan hujan lebat yang berterusan selama beberapa jam.

IMD meramalkan hujan di kawasan itu dalam beberapa hari akan datang pada minggu ini.

"Hujan lebat hingga sangat lebat dicatatkan di beberapa kawasan terpencil di Tamil Nadu, Puducherry dan Karaikal manakala hujan lebat di kawasan terpencil di Kerala," menurut IMD dalam satu kenyataan. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!