Ikan komando rezeki selepas banjir

Khairudin menunjukkan hasil tangkapan ikan kenerak menggunakan kail pelabuh.
Khairudin menunjukkan hasil tangkapan ikan kenerak menggunakan kail pelabuh.
A
A
A

JERANTUT - Biarpun musim banjir menimbulkan kesukaran kepada penduduk terlibat namun di sebaliknya ada rezeki tersembunyi.

Bagi penduduk yang tinggal di tepi Sungai Pahang dan Tembeling, aktiviti mencari ikan sungai merupakan antara sumber pendapatan mereka khususnya selepas banjir kerana ketika ini pelbagai spesies ikan mudah diperoleh termasuk ikan kenerak.

Ikan kenerak yang turut digelar ikan komando kerana mempunyai kulit bertompok-tompok mendapat permintaan tinggi daripada pengusaha restoran selepas banjir.

Harga ikan itu yang agak tinggi dijual sekitar RM40 sekilogram membuatkan ia menjadi buruan penduduk kampung dan nelayan sungai di sini selepas banjir.

Khairudin Md Saini, 26, dari Kampung Gunung Senyum, antara penduduk yang menerima limpahan rezeki selepas meraih tangkapan 13 ekor ikan kenerak pelbagai saiz dengan berat sekitar 800 gram hingga tiga kilogram (kg).

"Saya menggunakan kaedah kail pelabuh iaitu tali kail diikat pada hujung dahan pokok dan mata kail dilabuhkan di dasar sungai kerana ikan pemangsa itu suka bermain di dasar sungai

"Biasanya umpan cacing digunakan dan kail pelabuh dibiarkan semalaman khususnya di kawasan lubuk yang tenang airnya," katanya.

Menurutnya, dia meletakkan sebanyak 20 kail pelabuh pada malam hari dan teruja melihat hasil tangkapannya.

Artikel Berkaitan:

"Semua ikan ini telah dibeli pengusaha restoran yang menyediakan menu tradisi dan terkenal, gulai asam rong," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!