Guna istilah agama antara helah pelaburan scam

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Mudah dimanipulasi dengan istilah agama atau menggunakan bahasa Arab seperti pelaburan emas wakalah bagi mengaburi mata orang ramai telah menjadi punca masyarakat khususnya umat Islam terdedah kepada helah kegiatan penipuan scam.

Di samping itu, ramai yang menyangkakan perkhidmatan ditawarkan adalah patuh syariah, namun hakikatnya ia berbentuk scam untuk menarik perhatian masyarakat dengan pelbagai istilah yang berunsurkan agama.

Pakar Perbankan Islam, Dr Tuan Badrul Hisham Tuan Soh menambah, sikap tamak untuk mengaut keuntungan segera kerana tertarik dalam bentuk tawaran hadiah juga menjadi punca masyarakat mudah terpedaya dengan kegiatan tersebut.

"Ramai yang tertipu bukan sebab maklumat peribadi digodam tetapi mereka sendiri yang mendedahkan maklumat peribadi secara secara sukarela selepas dikaburi dengan habuan ini.

"Ini bukan sebab sistem perbankan kita longgar, tetapi sikap tamak dan kurang memahami aspek pelaburan kerana mahu pulangan dan keuntungan segera, banyak dan tetap," katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Nombor TAC jadi trend terkini para scammer

'Buat semakan jika was-was'

Beliau kemudian merujuk satu kes pelaburan 'Tok Belagak' yang didalangi oleh seorang lelaki sehingga menyebabkan ramai mangsa mengalami kerugian ratusan ribu ringgit sekitar enam tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Tok Belagak atau nama sebenarnya Hanarudin Baharudin lebih dikenali pakar manipulasi emas telah memulakan skim pelaburan emas awal tahun 2013 yang menjanjikan keuntungan bulanan yang lumayan kepada pelabur di samping juga aktif menganjurkan seminar pelaburan emas bermula sekitar tahun 2013.

Beliau menegaskan, masyarakat negara ini khususnya umat Islam terlalu ambil mudah berhubung soal halal dan haram dalam pelaburan sekali gus mereka mudah terjebak dengan penipuan scam.

"Sebaliknya setelah berjaya diperdaya, akhirnya barulah mereka menyedari bahawa pelaburan mereka hanya semata-mata scam.

"Semua ini berlaku sebab nak cepat kaya dan sikap tamak, maka soal halal haram diambil mudah oleh pihak terlibat," ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!