Ranjau hebat menanti Harimau Muda di Piala Asia B-23 Qatar 2024
SKUAD bola sepak Bawah 23 (B-23) tahun negara akan berdepan ranjau beronak berliku selepas diundi bersama jagoan jagoan Asia, Kuwait dalam kumpulan D pusingan akhir Piala Asia B-23 2024 Qatar tahun depan.
Harimau Muda kendalian Juan Torres Garrido itu juga akan berdepan satu lagi kuasa bola sepak pelapis Asia yang sedang meningkat naik Uzbekistan dalam kempen yang dijadualkan menyingkap tirai pada 5 April hingga 3 Mei tahun depan.
Kuasa bola sepak Asia Tenggara, Vietnam menjadi lawan Harimau Muda yang melengkapkan senarai undian yang berlangsung di Al Bustan Ballroom, Wyndham, Doha, Qatar, pada Khamis.
Skuad muda negara mara ke pusingan akhir B23 Qatar 2024 dengan status empat pasukan naib juara kempen kelayakan
Harimau Muda yang dibawah kendalian
E Elavarasan ketika itu melakar dua kemenangan dan satu kekalahan dalam aksi Kumpulan H.
Ia adalah penampilan ketiga skuad negara di Piala Asia B-23 selepas melakukannya pada tahun 2018 dan 2022.
Sebagai rekod, pencapaian terbaik Harimau Muda pada kempen itu adalah ketika dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee sebelum dihentikan Korea Selatan, 1-2 di suku akhir edisi China 2018.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!