Qabil ungguli perlumbaan pertama Kejuaraan Siri Dunia MiniGP

Qabil muncul juara perlumbaan pertama Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol pada Khamis. - Foto: Agensi
Qabil muncul juara perlumbaan pertama Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol pada Khamis. - Foto: Agensi
A
A
A

PELUMBA cilik negara Qabil Irfan Azlan membuktikan kehebatannya apabila menjuarai perlumbaan pertama Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol pada Khamis.

Pada aksi di Litar Kart Ricardo Tarmo, pelumba berusia 11 tahun itu mengungguli saingan kategori 160cc apabila menamatkan perlumbaan dengan catatan 10 minit 24.656 saat (s) sekali gus memastikan lagu Negaraku berkumandang di bumi Sepanyol.

Qabil Irfan, bakat pelumba muda yang wajar diberi perhatian itu meninggalkan pelumba tuan rumah Sepanyol, Enzo Zaragoza di tempat kedua (10:24.766s) sementara wakil Jepun Kotaro Togashi ketiga (10:26.291s).

Beliau akan beraksi pada perlumbaan kedua pada 6 petang diikuti Super Final pada 8 malam ini waktu Malaysia.

Semalam, pelumba berasal dari Kuala Terengganu itu menempah petak pertama pada sesi kelayakan ketiga perlumbaan yang berlangsung di venue sama.

Qabil Irfan pernah muncul juara MiniGP Malaysia 2023 dan diletakkan sebagai harapan untuk menyerlah pada penyertaan MiniGP kali ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!