Gencatan senjata Hamas-Israel pada Jumaat?

Rejim Zionis memperhebatkan kempen pengeboman ke seluruh Genting Gaza menjelang pelaksanaan gencatan senjata yang dipersetujui antara Hamas-Israel. - Foto AFP
Rejim Zionis memperhebatkan kempen pengeboman ke seluruh Genting Gaza menjelang pelaksanaan gencatan senjata yang dipersetujui antara Hamas-Israel. - Foto AFP
A
A
A

GENTING GAZA - Pelaksanaan gencatan senjata di Genting Gaza antara Hamas dan rejim Zionis dikatakan terpaksa ditangguhkan pada saat-saat akhir.

Perkara tersebut dimaklumkan pegawai Palestin selepas tempoh bertenang itu sepatutnya berkuat kuasa pada Khamis.

“Ia berpunca daripada senarai nama pertukaran tawanan. Pelbagai isu timbul termasuk bagaimana staf agensi bantuan akan diberi akses kepada mereka dan kaedah pembebasan kumpulan tersebut.

“Jangka waktu sebenar ia bakal dilaksanakan akan dimaklumkan Qatar sebagai perantara ‘proses damai’ itu dengan penyelarasan bersama Kaherah dan Washington,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, kedua-dua pihak bertelagah itu dilaporkan mencapai kesepakatan tentang pembebasan 50 tawanan di Gaza sebagai pertukaran dengan 150 tahanan wanita dan kanak-kanak Palestin dari Israel sebelum melaksanakan tempoh bertenang selama empat hari.

Sementara itu, menurut Tel Aviv, kedua-dua perjanjian tersebut tidak akan dilaksanakan sehingga Jumaat.

“Ia akan tetap mengikut perjanjian asal walaupun telah ditunda atas sebab-sebab tertentu,” kata penasihat keselamatan Israel, Tzachi Hanegbi.

Keputusan penangguhan itu semakin meresahkan penduduk di Genting Gaza yang sentiasa berdoa agar peperangan ganas selama lebih enam minggu lalu akan segera berakhir. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!