Israel jangka perang lawan Hamas berlanjutan dua bulan lagi
MENTERI Pertahanan Israel, Yoav Gallant berkata, operasi ketenteraan Zionis menentang pejuang Hamas akan kembali bersambung dengan “sepenuh kekuatan” selepas gencatan sementara empat hari yang bermula hari ini berakhir.
Angkatan pertahanan negara itu juga, kata beliau, menjangkakan peperangan akan berlanjutan selama sekurang-kurangnya dua bulan lagi.
“Ia hanya gencatan sementara. Apabila ia berakhir, perang akan kembali bersambung dengan sepenuh kekuatan dan akan mencetus tekanan yang akhirnya akan menyebabkan Hamas menyerahkan semula tebusan,” kata Gallant di Tel Aviv pada Khamis.
“Peperangan dijangka berlangsung selama dua bulan lagi,” sambung beliau. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!