Petaling Street dilanda banjir kilat - DBKL
KUALA LUMPUR - Hujan lebat sejak petang Khamis menyebabkan Jalan Petaling (Petaling Street) di sini yang menjadi tumpuan pelancong dinaiki air.
Perkara itu dimaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi perkongsian di Facebooknya, pada Khamis malam.
Menurut DBKL hujan lebat di ibu kota sejak 5.40 petang itu sehingga ke malam ini telah menyebabkan beberapa kawasan lain sekitar ibu negara turut dilanda banjir.
"Jalan Petaling antara kawasan yang terlibat dengan banjir kilat di mana air mula naik sekitar 5.40 petang itu dan surut lebih kurang 40 minit kemudian," menurun hantaran itu.
"Dianggarkan terdapat 40 gerai di kawasan berkenaan," katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!