Sejam jalan kaki bawa keluar orang asli dipatuk ular kapak

Anggota penyelamat berjalan kaki selama sejam untuk membawa keluar mangsa bagi mendapatkan rawatan akibat dipatuk ular kapak semalam. - Foto JBPM Perak.
Anggota penyelamat berjalan kaki selama sejam untuk membawa keluar mangsa bagi mendapatkan rawatan akibat dipatuk ular kapak semalam. - Foto JBPM Perak.
A
A
A

GERIK - Pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki selama sejam bagi mendapatkan seorang lelaki yang cedera akibat dipatuk ular kapak di Perkampungan Orang Asli Dala di sini semalam.

Seramai 15 anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 2.30 petang.

Jurucakap JBPM Perak berkata, maklumat awal yang diterima memaklumkan lelaki orang asli berusia 30 tahun hanya dikenali sebagai Man, cedera dipatuk ular pada kaki kiri ketika menangkap ikan di hulu Sungai Rengat di sini.

Anggota bomba mendapatkan mangsa yang cedera akibat dipatuk ular kapak di Kampung Dala semalam. - Foto JBPM Perak
Anggota bomba mendapatkan mangsa yang cedera akibat dipatuk ular kapak di Kampung Dala semalam. - Foto JBPM Perak

“Lokasi kejadian adalah berbukit serta jauh di pedalaman menyebabkan kenderaan penyelamat terpaksa ditinggalkan.

“Perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki selama satu jam. Mangsa didapati dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan awal daripada pihak kesihatan,” katanya.

Menurutnya, anggota bertindak membawa mangsa keluar dengan menggunakan pengusung secara bergilir-gilir.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Gerik bagi mendapatkan rawatan lanjut. Operasi berakhir pada jam 9.12 malam,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!