Ancaman bom palsu: PDRM kerjasama dengan FBI, Interpol

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kanan) ketika sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - Foto Bernama
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kanan) ketika sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Polis Antarabangsa (Interpol) berkaitan kes ancaman bom palsu di beberapa buah sekolah di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes itu turut membabitkan jenayah siber.

"Siasatan masih diteruskan dan dalam tindakan kerjasama dari negara Jamaica, Trinidad, Tobago serta FBI dan Interpol untuk mengesan pautan emel ancaman terbabit.

"Siasatan juga dijalankan untuk kenal pasti motif selain usaha untuk kesan suspek," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, berdasarkan laporan polis dibuat, kesemua emel dihantar oleh penghantar dengan domain sama iaitu 'beeble.com' menggunakan nama 'Taktstorer' iaitu bahasa Jerman yang membawa maksud pengganggu ketenteraman.

Polis melaksanakan pemantauan di sekolah di sekitar Subang Jaya, Selangor susulan ancaman bom palsu yang diterima baru-baru ini.
Polis melaksanakan pemantauan di sekolah di sekitar Subang Jaya, Selangor susulan ancaman bom palsu yang diterima baru-baru ini.

Katanya, 'beeble.com' merupakan penyedia emel privasi 'end-to-end encryption yang disediakan okeh Sikneco Technologies LTD dan didaftarkan di Republik Cyprus.

"Emel ancaman yang sama pernah dihantar ke beberapa sekolah di Jamaica pada 12 November lalu yang menggunakan penyedia sistem emel sama dengan nama akaun berbeza," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, setakat ini, pihaknya menerima 51 laporan di seluruh negara berkaitan kes berkenaan dan 10 kertas siasatan dibuka.

Menurutnya, laporan polis diterima di sembilan negeri membabitkan 32 sekolah antarabangsa, swasta (15) dan bantuan kerajaan (4).

"Jumlah laporan tertinggi diterima di Selangor iaitu 18 kes, Kuala Lumpur (7), Johor (6), Sarawak (5) dan Pulau Pinang (4), Negeri Sembilan (3), Perak (3), Kedah (3) serta Sabah merekodkan dua kes," ujarnya.

No Image Caption

Tambahnya, penambahan jumlah laporan itu berkemungkinan penerima atau pihak sekolah lewat membaca emel ancaman bom palsu tersebut berikutan siasatan polis mendapati emel berkenaan disebarkan pada waktu sama.

"Kita memandang serius perkara ini, PDRM akan memantau keselamatan setiap sekolah yang menerima ancaman tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!