PN tidak terdesak mahu tarik sokongan wakil rakyat UMNO - Sanusi

Muhammad Sanusi melawat salah satu reruai sempena Karnival 10 Tahun Masjid Andalusia, Sungai Petani, pada Jumaat.
Muhammad Sanusi melawat salah satu reruai sempena Karnival 10 Tahun Masjid Andalusia, Sungai Petani, pada Jumaat.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Perikatan Nasional (PN) bukanlah terdesak sehingga terpaksa menarik sokongan wakil rakyat UMNO, sebaliknya ia berlaku susulan penolakan terhadap Pakatan Harapan (PH) itu sendiri.

Perkara itu dijelaskan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa tiada sebarang tawaran diberikan kepada wakil rakyat UMNO.

"Kita tak terdesak tapi politik biasalah kita (ikut) proses politik yang dibenarkan oleh undang undang kita akan buat... Tapi saya rasa faktor yang lebih besar ialah faktor penolakan dari dalam PH untuk mereka keluar menyertai PN.

"Kita tak ada offer (tawar), kita tak ada duit, tak ada apa, lepas tu depa (pihak sana) offer peruntukan RM4, RM5 juta kan macam-macam depa offer," katanya selepas merasmikan Karnival 10 tahun Masjid Andalusia di sini pada Jumaat.

Muhammad Sanusi ketika melawat reruai sempena Karnival 10 Tahun Masjid Andalusia di Sungai Petani, pada Jumaat.
Muhammad Sanusi ketika melawat reruai sempena Karnival 10 Tahun Masjid Andalusia di Sungai Petani, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Menteri Besar Kedah itu berkata, PN sentiasa menyambut baik sokongan wakil rakyat UMNO terhadap PN dan yakin ia akan berlaku pada bila-bila masa.

"Kita menyambut lah, kita akan palu kompang, Insya-Allah tidak lama lagi sila siapkan tikar bantal...ramai (wakil rakyat UMNO sokong), masa yang akan menentukan bila," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyifatkan PN semakin terdesak apabila parti itu mendedahkan masih berusaha untuk menarik sokongan UMNO.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, tindakan itu juga menunjukkan tindakan PN itu mahu mengganggu gugat kestabilan negara yang sudah dicapai melalui Kerajaan Perpaduan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!