'SPRM sokong kenyataan KPN'

Azam
Azam
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyokong kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang mendedahkan 121 anggota polis telah ditahan oleh SPRM sejak Januari lalu.

Menurut Azam, kenyataan daripada Ketua Polis Negara itu menunjukkan ketelusan pihak PDRM dalam menangani isu rasuah dan salah guna kuasa dalam pasukan.

"Walaupun jumlah bilangan yang ditahan itu tidak ramai berbanding dengan jumlah keanggotaan polis, pendedahan ini menunjukkan Razarudin serius menegakkan isu integriti dalam kalangan anggota polis dan ia patut dicontohi oleh agensi-agensi lain," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Azam berkata, beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan Razarudin minggu lalu untuk mengukuhkan kerjasama.

"Selain itu, kita turut berkongsi maklumat berkaitan isu integriti," katanya.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Razarudin berkata, seramai 26 orang telah dituduh dan 14 orang disabitkan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 sejak Januari hingga Oktober lalu.

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah menerima 5,413 aduan yang mana 4,497 subjek merupakan pegawai polis dalam tempoh sama.

Daripada jumlah tersebut, 2,841 (52.48 peratus) adalah aduan berkaitan salah laku di bawah kategori integriti.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!