Jeda kemanusiaan: Trak bawa bahan api mula masuki gaza
BANDARAYA GAZA - Ketika jeda kemanusiaan berkuat kuasa di Gaza pada Jumaat, trak yang membawa bahan api mula memasuki wilayah Palestin dari Mesir, lapor Agensi Anadolu (AA).
Sumber Palestin di persimpangan Rafah, memberitahu bahawa trak yang membawa gas memasak dan diesel mula memasuki Gaza dari Mesir.
Selepas ini, barangan bantuan dan bekalan perubatan juga dijangka dibawa masuk ke Gaza.
Jeda kemanusiaan selama empat hari antara tentera Israel dan Hamas berkuat kuasa pagi Jumaat di semua wilayah Semenanjung Gaza dengan serangan dihentikan seketika manakala bantuan kemanusiaan mula disalurkan.
Jeda bermula pada 7 pagi waktu tempatan (0500GMT). - Bernama/Anadolu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!