KDN tahan lapan naskah penerbitan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan pihaknya menahan lapan naskah penerbitan kerana disyaki mengandungi elemen-elemen hasil penerbitan tidak diiingini.

Ia susulan kementerian itu menerima maklumat berkaitan penjualan penerbitan berbentuk buku yang mengandungi unsur komunisme di sebuah premis di Petaling Jaya, Selangor.

Menerusi kenyataan pada Jumaat, KDN berkata, tindakan penahanan penerbitan itu dibuat selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 18 AMCP 1984.

Ia membolehkan penguatkuasa KDN menahan apa-apa hasil penerbitan yang disyaki menyalahi undang-undang untuk tujuan kajian lanjut.

"Kementerian komited menjalankan tanggungjawab mengawal selia penerbitan di dalam negara khususnya penerbitan yang disyaki mengandungi elemen yang mengganggu gugat ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, menggemparkan pemikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara selaras dengan perundangan yang berkuat kuasa," katanya.

Sebelum ini pekerja premis dalam laporan sebuah portal berita memaklumkan kesemua buku yang ditahan dalam bahasa Cina itu mempunyai unsur komunis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!