Hampir 700 mangsa banjir di PPS di Kelantan, Terengganu malam ini
KUALA LUMPUR - Sebanyak 699 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri Pantai Timur setakat 8 malam ini.
Di TERENGGANU, 638 orang masih berlindung di 11 PPS di empat daerah di negeri itu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu memaklumkan 405 mangsa ditempatkan di tiga PPS di Kuala Terengganu, manakala 82 orang berlindung di empat PPS di Kuala Nerus.
Selain itu, 124 mangsa berada di tiga PPS di Marang dan 27 orang di satu PPS di Besut.
Sungai di Parit Utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus pula mencatatkan bacaan 3.57 meter melebihi paras waspada 3.2 meter dengan trend menurun.
Di KELANTAN, berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 61 mangsa masih berlindung di dua PPS melibatkan 30 orang di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja di jajahan Pasir Puteh dan 31 di PPS SK Tok Deh, jajahan Pasir Mas. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!