Rating Tuk Seri PMX jatuh
AWANG tak peduli sangat soal tinjauan pendapat (polls) yang dibuat oleh pelbagai firma atau badan.
Ada kalanya ia merupakan sebahagian daripada parti berkenaan atau dibiayai oleh orang-orang tertentu yang dekat dengan orang politik atau parti tertentu.
Jadi apabila Merdeka Centre keluarkan hasil tinjauannya, Awang tidaklah teruja sangat.
Menurut firma itu, dapatan terbaru mengenai rating penerimaan Tuk Seri PMX dan kerajaannya menurun setelah setahun di pejabat.
Kata firma itu, rating kerajaan PMX berada pada tahap 41 peratus berbanding 54 peratus pada Disember 2022, sebulan selepas kerajaan ini berkuasa.
Bagi PMX pula rating penerima peribadi jatuh daripada 68 peratus pada hujung tahun lalu. Kali ini hanya 50 peratus yang beri reaksi positif terhadap PMX.
Menurut dapatan itu lagi, hanya 31 peratus responden yang menganggap kerajaan hari ini berada pada hala tuju yang betul.
Alasan utama yang di berikan adalah cara PMX dan kerajaan tangani soal ekonomi (56 peratus daripada responden).
Sebanyak 11 peratus responden memberikan alasan ketidakstabilan politik dan sembilan peratus mengatakan kelemahan pentadbiran merupakan punca sikap negatif mereka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!