Tahanan Palestin sifatkan penjara Israel sebagai 'malapetaka'

Laith Othman selepas dibebaskan dari penjara Israel. - Foto X/Tasneem
Laith Othman selepas dibebaskan dari penjara Israel. - Foto X/Tasneem
A
A
A

BAITULMAQDIS - [DIKEMAS KINI] Seorang tahanan Palestin berusia 17 tahun yang dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas menyifatkan keadaan penjara Israel sebagai 'malapetaka'.

Laith Othman berkata, bahawa banduan dibiarkan kelaparan dan mereka tidak dibenarkan meninggalkan sel mereka.

"Keadaan di dalam (penjara Israel) sangat sukar, saya tidak dapat menyatakan betapa sukarnya ia.

"Kami tidak dibenarkan keluar dari sel kami, tidak ada makanan yang enak, tidak ada makanan, tidak ada apa-apa, kami kelaparan.

"Tiada apa-apa yang baik di dalam penjara, keadaannya seperti malapetaka," katanya.

Sejumlah 39 wanita dan kanak-kanak yang ditahan di penjara Israel telah dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian antara Israel dan Hamas, yang membebaskan 24 tebusan semasa hari pertama gencatan senjata pertama perang.

Mereka yang dibebaskan oleh Hamas termasuk wanita dan kanak-kanak Israel serta pekerja ladang warga Thailand. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!