Carrot Cakes Specialist giat tambah ejen
Arlene bersama kek yang ditampilkan dengan pelbagai saiz bagi penuhi permintaan pelanggan.
A
A
A
Pengasas Carrot Cakes Specialist, Arlene Abd Jamil berkata, setakat ini syarikat mempunyai enam ejen dan sasar menambah 150 ejen menjelang akhir tahun ini berikutan kek dihasilkan menerima permintaan tinggi dalam kalangan penggemar kek dan ibu bapa yang menjadikan kek ini sebagai bekal kepada anak-anak mereka ke sekolah.
"Sebelum ini saya bergerak sendiri dan mahu penambahan ejen kerana permintaan semakin meningkat dari bulan dan bulan. Malah, pasaran kini semakin meluas. Selain kawasan utama Shah Alam, Klang dan Puchong, Carrot Cake Specialist juga mendapat permintaan dari seluruh Malaysia.
"Setakat ini, Carrot Cakes Specialist sudah membuat penghantaran kek ke Perlis. Jika mempunyai ejen ia akan memudahkan penghantaran kek kepada pelanggan," katanya.
Arlene optimis sasaran ini dicapai berikutan kelainan ditampilkan terutamanya syarikat mementingkan kualiti dalam penyediaannya dan keunikan dari segi saiz, bahan-bahan berkualiti digunakan serta kelembapan yang menyebabkan kek disediakannya sentiasa menjadi pilihan.
"Kami menampilkan tiga kategori kek iaitu bersaiz kecil (minions), bersaiz 500 gram dan 1 kilogram yang ditawarkan pada harga berpatutan dan mempunyai sasaran pembeli.
"Minions disasarkan kepada mereka yang suka melancong, untuk hidangan parti dan kanak-kanak. Ia dijual pada harga RM4 untuk satu kek. Setakat ini, 200 kek bersaiz minions dihasilkan dalam sebulan," katanya.
Jelasnya, bagi saiz 500 gram berharga RM40 berdasarkan permintaan tambahan pelanggan seperti kad dan deko yang menjadi pilihan mereka.
"Bagi kek 1 kilogram berharga RM70, ia disasarkan kepada mereka yang akan mengadakan majlis Hari lahir dan acara keraian dan korporat. Kedua-dua kek ini menjadi pilihan dan menerima tempahan lebih 50 biji sebulan setiap satu," katanya.
Katanya, Carrot Cakes Specialist akan menjadi pembekal kepada syarikat penerbangan dan bakal beroperasi di premis sendiri dalam masa terdekat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!