Ketiadaan tonggak pertahanan utama punca TFC tewas

Pemain Terengganu FC, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob (dua, kiri) diasak pemain Sabah FC, Taesu Park (tengah) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi. - Foto Bernama
Pemain Terengganu FC, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob (dua, kiri) diasak pemain Sabah FC, Taesu Park (tengah) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi. - Foto Bernama
A
A
A

KETUA jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menyifatkan ketiadaan empat tonggak pertahanan utama menjadi punca Terengganu FC (TFC) tewas 0-4 di tangan Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam tadi.

Pengendali kelahiran Croatia itu berkata, pemain tersebut termasuk Muhammad Azam Azmi Murad, Muhammad Alif Zakaria serta dua pertahanan tengah, Mohammad Shahrul Nizam Ros Hasni dan Muhammad Safwan Mazlan tidak dapat diturunkan akibat masalah kecederaan.

Menurut Steinbruckner, walaupun ada antara pemain tersebut mahu beraksi, beliau enggan mengambil risiko kerana bimbang ia akan menyebabkan kecederaan lebih serius sekali gus menjejaskan persiapan pasukan menghadapi perlawanan Piala Konfederasi Asia (AFC) dan perlawanan akhir Piala Malaysia 8 Disember ini.

"Tahniah kepada Sabah FC...mereka berjaya kucar-kacirkan kami terutama pada separuh masa pertama. Bagaimanapun, anda sendiri tahu kami ketiadaan empat pertahanan disebabkan kecederaan.

Pemain Terengganu FC, Adisak Kraisorn (tengah) melakukan percubaan sambil diasak penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat (kanan) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi. - Foto Bernama
Pemain Terengganu FC, Adisak Kraisorn (tengah) melakukan percubaan sambil diasak penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat (kanan) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi. - Foto Bernama

"Saya tahu ia tidak boleh jadi alasan atau punca kami kalah. Saya juga rasa tidak seronok, tetapi kita perlu pandang ke depan dan pada esok kita akan berlepas ke Australia untuk perlawanan AFC. Saya harap pemain (pertahanan) akan pulih dan pergi bersama kami," katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Sabah FC di SSMZA malam tadi.

Sementara itu, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, kemampuan anak buahnya memanfaatkan setiap peluang yang ada memastikan skuad Sang Badak menang bergaya dan pulang dengan tiga mata.

Menurut Kim Swee, tiga gol termasuk gol awal pada babak pertama menyukarkan skuad Penyu untuk bangkit dan terus tenggelam hingga ke akhir perlawanan di hadapan penyokong sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Pujian harus diberikan kepada semua pemain saya terutama yang baru pulang selepas beraksi bersama skuad kebangsaan. Mereka menunjukkan komitmen yang tinggi.

"Saya harap pemain akan terus kekal fokus untuk pastikan kita tidak ketinggalan mata dan mampu mengatasi Kedah Darul Aman (KDA) FC di kedudukan Liga Super," katanya yang tidak menjangkakan beroleh kemenangan besar malam tadi. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!