PAT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin enggan pertahan jawatan

Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kanan: Suhaimi
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kanan: Suhaimi
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara menolak keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan parti akan datang.

Keputusan itu dibaca Pengerusi Tetap, Datuk Suhaimi Abdullah setelah selesai perbahasan 20 wakil yang mengambil bahagian pada perhimpunan tahun ini.

Turut ditolak dua lagi perkara yang dibangkitkan Muhyiddin iaitu supaya parti bermesyuarat mencari pengganti presiden dan pendiriannya untuk menjadikan perhimpunan agung tahun ini sebagai yang terakhir.

Suhaimi berkata, penolakan itu selaras Perkara 123, 124, 125 dalam ucapan dasar presiden pada perhimpunan tersebut.

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menerusi mesyuarat tergempar pada Jumaat secara konsensus menolak keputusan bekas Perdana Menteri itu untuk tidak mempertahankan jawatan.

Terdahulu Ahli Parlimen Pagoh itu ketika Ucapan Dasar Presiden mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya bagi memberi laluan kepada muka baharu mengemudi parti.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!