Kelantan United FC waspada ancaman KL City

Nazrulerwan mengharapkan anak buahnya mampu merantai pergerakan pemain lawan dalam perlawanan itu nanti.
Nazrulerwan mengharapkan anak buahnya mampu merantai pergerakan pemain lawan dalam perlawanan itu nanti.
A
A
A

PEMAIN Kelantan United FC diingatkan agar lebih berwaspada dengan ancaman KL City FC apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Kuala Lumpur, Cheras dalam aski Liga Super malam esok.

Jurulatih Interimnya, Nazrulerwan Makmor mengakui skuad The City Boys merupakan kelab yang konsisten dalam Liga Malaysia menyebabkan mereka tidak akan semberono beraksi di sana.

“Kami perlu berhati-hati dengan serangan balas tuan rumah kerana mereka mempunyai pemain import yang bagus.

“Bagaimanapun, saya yakin pemain Kelantan United FC tidak akan memberi laluan mudah buat KL City FC bermaharajalela di kandang sendiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Nazrulerwan (kiri) menggantikan Ailton (kanan) secara interim selepas ketua jurulatih kelahiran Brazil itu terpaksa melepaskan jawatan kerana menghadapi masalah keluarga.
Nazrulerwan (kiri) menggantikan Ailton (kanan) secara interim selepas ketua jurulatih kelahiran Brazil itu terpaksa melepaskan jawatan kerana menghadapi masalah keluarga.

Mengulas keadaan terkini pasukan kendaliannya, Nazrulerwan menyatakan ada beberapa pemain utama tidak dapat diturunkan kerana berdepan pelbagai masalah.

“Kami ketiadaan beberapa pemain kerana menjalani pengantungan perlawanan dan beberapa pemain lagi sedang dipantau serta mungkin tidak dapat beraksi kerana masalah kesihatan.

“Apa pun, kami tetap bertekad pemain yang tersenarai dapat memberikan persembahan terbaik dengan merantai setiap pemain handalan KL City FC yang dapat memberi masalah kepada kami sepanjang masa perlawanan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Nazrulerwan Makmor mengambil alih kerusi ketua jurulatih Kelantan United FC secara interim bersama penolong jurulatih, Tengku Hazman setelah pengendali sebelum ini, Ailton Silva terpaksa melepaskan jawatan kerana menghadapi masalah keluarga di Brazil menyebabkan pengurusan kelab mengharapkan dua pembantu jurulatih itu menamatkan baki saingan Liga Super musim 2023.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!