Keahlian PKR kini cecah lebih satu juta - Saifuddin

Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution
A
A
A

PUTRAJAYA - Jumlah keahlian terkini Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah seramai 1,136,683 orang, kata Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, daripada 222 cabang berdaftar di seluruh negara, Cabang Kapar di Selangor menjadi cabang yang memiliki jumlah keanggotaan tertinggi iaitu seramai 27,000 ahli.

"Ia diikuti Kuala Langat dengan seramai 24,392 ahli, Kota Raja (23,762) dan Hulu Selangor (22,731).

"Yang kelima teratas adalah Cabang Sungai Buloh iaitu seramai 22,395 ahli. Syabas kita ucapkan,” katanya dalam ucapan aluan pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-17 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

Kongres berkenaan akan dirasmikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri malam ini dan ia turut dihadiri pemimpin utama parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan serta 46 perwakilan kedutaan asing selain dihadiri 2,374 perwakilan dan 1,500 pemerhati.

Kongres yang mengangkat tema 'Memaknai Reformasi, Menjulang Madani' itu berlangsung hari ini dan esok. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!