Warga emas hilang tiga hari ditemui selamat

Usaha memujuk Mohd Yusoff pulang.
Usaha memujuk Mohd Yusoff pulang.
A
A
A

JEMPOL - Tanda tanya berhubung kehilangan seorang lelaki warga emas sejak tiga hari lalu berakhir apabila dia ditemui selamat tidak jauh dari kediamannya di Kampung Bukit Kelulut, di sini malam tadi.

Mohd Yusoff Manap, 60, yang juga orang kurang upaya (OKU) mental ditemui tidur di belakang kedai usahawan makanan, Rahimah Abd Raub, 41.

Rahimah ketika ditemui berkata, kelibat lelaki berkenaan di kawasan itu disedari sejak kelmarin dan berusaha beberapa kali memujuk lelaki itu pulang ke rumah.

"Bagaimanapun dia enggan, sebaliknya meminta aiskrim. Kami kemudiannya berikan dia makanan dan juga aiskrim sepertimana diminta," katanya kepada Sinar Harian.

Rahimah berkata, semalam kelibat warga emas itu tidak kelihatan, namun pada sebelah petangnya dia ditemui berbaring di lokasi sama.

Lokasi Mohd Yusoff ditemui.
Lokasi Mohd Yusoff ditemui.

Menurutnya, dia hanya mengetahui berhubung kehilangan warga emas itu melalui Facebook malam tadi, sebelum memaklumkan kepada pemilik akaun tersebut.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor mengesahkan menerima laporan polis berhubung kehilangan Mohd Yusoff pada jam 6.40 petang semalam oleh ahli keluarganya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, warga emas itu ditemui lebih kurang satu kilometer dari kediamannya selepas keluar rumah kira-kira jam 9 pagi, Rabu lalu.

Mohd Hafiz berkata, usaha mengesannya telah dilakukan oleh ahli keluarga bersama penduduk kampung sebelum ini, namun gagal ditemui.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!