Gaji, imbuhan menteri Argentina dibeku enam bulan

No Image Caption
A
A
A

LIMA - Ahli Parlimen Argentina memutuskan untuk membekukan gaji dan imbuhan yang diterima selama enam bulan di tengah-tengah krisis ekonomi yang melanda negara itu, lapor agensi berita Sputnik.

"Keadaan darurat memerlukan penyelesaian daripada semua penjuru. Itu sebabnya kami memutuskan untuk membekukan selama 180 hari gaji dan imbuhan yang diterima ahli Dewan Perwakilan dan Senat," tulis Presiden Dewan Perwakilan Sergio Massa di Twitter pada Jumaat.

Argentina kini dilanda krisis ekonomi yang buruk, dengan kerajaan mengambil langkah darurat untuk menangani keadaan itu.

Pada pertengahan Oktober, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak semula unjuran penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2019 Argentina, menurunkan kepada 3.1 peratus.

IMF juga menjangka ekonomi negara Amerika Latin itu merudum sebanyak 1.3 peratus tahun depan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!