Perwakilan Sabah cadang MA63 dimasuk dalam korikulum pendidikan

Antakor membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Antakor membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib
A
A
A

PUTRAJAYA - Perwakilan Sabah mencadangkan supaya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimasukkan di dalam korikukum pendidikan negara.

Antakor Rasam berkata, ia bagi memastikan tidak ada lagi isu berbangkit atau rasa curiga antara rakyat Malaysia berhubung perjanjian berkenaan.

"Selama ini MA63 dirahsiakan. Siapa yang ungkit dulu akan ditahan (di bawah) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

"Sabah dan Sarawak (juga) jadi jutawan fakir. Kaya dengan alam semulajadi tapi tersenarai antara negeri termiskin di Malaysia. Sebab itu (orang Sabah) selalu ungkit MA63," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan sempena Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sin pada Ahad.

Menurutnya, dengan adanya maklumat dan pemahaman yang lebih jelas mengenai perjanjian berkenaan lebih ramai rakyat khususnya di Semenanjung memahami perkara tersebut.

Malah katanya, sambutan Hari Malaysia yang hanya memfokuskan penganjuran di Sabah dan Sarawak juga perlu diubah.

"Ia seolah-olah sambutan ini hanya untuk rakyat Sabah dan Sarawak semata-mata," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ketika mengakhiri ucapan, Antakor turut mengangkat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bapa Malaysia kerana mengambil kira kepentingan rakyat bukan sahaja di Semenanjung tetapi juga Sabah dan Sarawak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!